KPKM optimis sedia peluang tingkatkan sektor pertanian di Gerik

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited dalam memberi ruang dan peluang buat pengusaha sektor pertanian, penternakan dan perladangan khususnya di Gerik, Perak terlibat dalam bidang pertanian negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbincangan antara jabatan dan agensi telah dibuat bagi membantu kumpulan pemain untuk optimis dalam bidang pertanian.

“Kami membincangkan bagaimana jabatan dan agensi bawah kementerian ini boleh membantu para petani di kawasan Gerik untuk mengembangkan lagi bidang pertanian yang sedang diusahakan ketika ini.

“Saya minta jabatan dan agensi yang berkenaan untuk menyegerakan sebarang proses permohonan yang diterima dan kementerian akan berusaha membantu mengikut kaedah yang sesuai,” katanya.

Mohamad memberi reaksi demikian selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Gerik di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat