KPKM Lulus Import Daging Khinzir Brazil, Thailand

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand bagi menampung keperluan bekalan di pasaran tempatan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

KPKM menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan, kelulusan itu dibuat bagi memastikan bekalan mencukupi selain menstabilkan pasaran ketika peningkatan permintaan.

“Semua daging khinzir yang diimport tertakluk kepada pematuhan kawalan keselamatan makanan serta prosedur operasi standard (SOP) kesihatan veterinar yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan kementerian itu pada Jumaat.

Menurut KPKM, langkah itu turut bertujuan mengurangkan risiko penularan penyakit haiwan ke dalam negara serta memastikan keselamatan pengguna terus terjamin.

Pengimport tempatan juga disaran merujuk laman sesawang rasmi DVS bagi mendapatkan senarai abatoir yang telah diluluskan di Brazil dan Thailand.

Setakat ini, sebanyak tiga abatoir di Brazil dan empat abatoir di Thailand diberikan kelulusan untuk tujuan pengimportan daging khinzir ke Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat