Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesyorkan harga siling kos upah baharu berkuat kuasa pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) kepada para pemain industri khususnya di Semenanjung Malaysia.
Menurut Bahagian Pembangunan Industri Padi KPKM, dua cadangan langkah intervensi untuk menangani isu tersebut iaitu melalui jadual harga siling kos upah terkini yang telah mengambil kira harga diesel semasa, serta langkah intervensi jangka masa panjang.
“Langkah intervensi masa panjang akan dilaksanakan melalui pelaksanaan pendaftaran jentera pembajakan dan penuaian di lapangan bagi kajian dan penelitian program bantuan bersasar yang bersesuaian.
“Harga siling kos upah di Kedah dan Perlis (per relung) sebanyak RM180 untuk jentuai, bajak satu RM120 dan bajak dua serta tiga masing-masing RM110.

“Bagi Kelantan dan Terengganu (per ekar), harga siling kos upah jentuai sebanyak RM13 (per guni), bajak satu ( RM170), bajak dua (RM140) dan bajak tiga (RM130).
“Di Selangor dan pihak swasta di Perak (per hektar) pula harga siling kos upah jentuai sebanyak RM100 (per tan metrik), bajak satu ( RM200), bajak dua dan bajak tiga masing-masing RM180,” jelasnya pada Khamis.
Terdahulu, Kerajaan telah melaksanakan pengapungan harga diesel dan melibatkan sektor pertanian.
Baca juga: