BAGAN SERAI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM391,840 bagi projek naik taraf Pasar Awam Bagan Serai, Perak untuk meningkatkan keselesaan peniaga dan pengunjung.
Projek itu melibatkan penambahbaikan kemudahan sedia ada serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bersih, teratur dan selamat, sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.
“Naik taraf ini menyediakan ruang niaga lebih kondusif dan meningkatkan suasana perniagaan yang lebih selesa kepada semua,” menurut kenyataan kementerian itu pada Ahad.
Inisiatif itu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa pembangunan infrastruktur rakyat dan meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.
Baca juga:








