PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih terhadap empat buah sekolah yang terjejas akibat ribut kuat di Teluk Panglima Garang, Selangor pada Rabu, dalam usaha memastikan keselamatan dan kelangsungan pembelajaran pelajar tidak terjejas.
Dalam kenyataan rasmi pada Khamis, KPM memaklumkan bahawa sekolah yang terlibat ialah SMK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung, yang mengalami pelbagai bentuk kerosakan struktur akibat kejadian ribut tersebut.
“Kerja-kerja pembersihan serta penilaian kerosakan sedang dijalankan di semua sekolah terjejas dan KPM memastikan kerja baik pulih akan dilaksanakan dengan segera,” katanya.
Sebagai langkah keselamatan, KPM turut mengarahkan agar semua sekolah terlibat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh terdekat sehingga kerja pembaikan selesai sepenuhnya.
Menurut KPM, langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang risiko kepada murid dan guru serta memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan tanpa gangguan.
“Kerja-kerja pembersihan serta penilaian kerosakan sedang dijalankan di semua sekolah terjejas dan KPM memastikan kerja baik pulih akan dilaksanakan dengan segera,” katanya.
KPM juga menyeru agar jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah di seluruh negara meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi cuaca tidak menentu yang semakin kerap melanda negara, khususnya menjelang musim tengkujuh.
KPM turut menyeru jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah di seluruh negara untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi keadaan cuaca tidak menentu ketika ini bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan murid dan guru terus terpelihara.








