Oleh: Farah Faizal
KEMERIAHAN sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan pelajar dan guru sekolah dapat dilihat daripada inisiatif mereka yang tampil dengan warna-warna Jalur Gemilang.
Selain pertandingan busana merdeka, antara yang menarik perhatian ialah pertandingan Payung Merdeka dan Basikal Merdeka.
Pelajar darjah empat Sekolah Kebangsaan Sungai Setar menyertai pertandingan menghias payung dengan warna-warna bendera Malaysia serta simbol-simbol kebangsaan.
Hiasan ini bukan sahaja menjadikan payung lebih ceria tetapi juga menggambarkan semangat patriotisme masing-masing.

Manakala Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 pula menganjurkan pertandingan memilih hiasan basikal paling kreatif dan menarik.
Pelajar menghias basikal mereka dengan bendera Malaysia, bunga, dan pelbagai aksesori bertema Merdeka.
Aktiviti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar untuk berkreatif dan menunjukkan kebanggaan mereka terhadap negara.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Merdeka tetapi juga membina semangat perpaduan dan kreativiti di kalangan pelajar.
Mereka dapat merasai dan menyebarkan semangat kemerdekaan dengan cara yang unik dan berwarna-warni