KANGAR: Isu kompetensi peserta dalam misi SUMUD kembali menjadi perhatian apabila Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Khutbah Jabatan Mufti Negeri Perlis, Syihabudin Ahmad, membangkitkan persoalan lebih besar yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan misi itu.
Beliau berkata, selain isu mahram dan percampuran lelaki serta wanita dalam kawasan yang sempit, persoalan utama adalah tahap keupayaan sebenar peserta dalam melaksanakan misi berisiko tinggi.
“Persoalan lebih besar yang perlu diberi perhatian adalah sejauhmanakah peserta itu kompeten dengan misi?” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Menurut beliau, pengalaman lalu membuktikan terdapat peserta yang tidak berada dalam keadaan selamat sepanjang pelayaran, termasuk melibatkan pelakon dan aktivis, Ardell Aryana.
“Faktanya, Ardell Aryana, salah seorang peserta, tidak berada dalam situasi yang selamat dan mampu dilindungi pada pelayaran tahun lepas.
“Dia sakit teruk ketika pelayaran dan sehingga balik. Telah menyusahkan kerajaan Turki dan Malaysia walaupun kita menghargai semangatnya dalam berjuang,” katanya.

Beliau turut mendakwa maruah peserta terbabit tidak dapat dilindungi sepenuhnya dalam situasi berkenaan.
“Maruah Ardell juga tidak mampu dilindungi oleh dirinya sendiri dan orang yang bersama dengannya.
“Mengapa suami Ardell tidak mempertimbangkan hal ini tapi masih mengucapkan ‘I Love You’?!” katanya sinis.
Tambahnya lagi, Ardell Aryana sendiri mengakui tudungnya direntap oleh rejim, selain mengalami sakit berhari-hari selepas pulang ke Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kriteria pemilihan peserta dalam misi berkenaan.
“Persoalan besarnya, apakah kriteria pemilihan peserta? Kenapa wanita yang lemah seperti Ardel (yang jelas tidak selamat) dipilih sedangkan suaminya yang sihat walafiat pula tak terpilih?.
“Islam sangat menjaga wanita dan aspek keselamatan serta maruah mereka perlu menjadi keutamaan.
Ardell Aryana adalah wanita Muslim. Maruah beliau dan keselamatannya adalah keperihatinan kita,” katanya” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan sekiranya situasi sama berulang sehingga memaksa campur tangan pihak kerajaan.
“Adakah kita perlu sekali lagi melayan drama TV3 oleh Ardel, Heliza bersaudara dan wanita-wanita Melayu yang lain?
“Kerajaan Malaysia akan dipaksa berunding dengan Jordan dan Turki lagi untuk selamatkan mereka? Ujarnya lagi.
Namun begitu, beliau menegaskan sokongan terhadap SUMUD 2.0 tetap diberikan.
“Saya sokong SUMUD 2.0. Tapi persoalan ini, tak boleh diketepikan,” katanya.
Baca juga:








