KSN Menghadap Agong, Persembah Perkembangan Projek Johor

JOHOR BAHRU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi mempersembahkan perkembangan terkini projek pembangunan Persekutuan di negeri Johor.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Menurut Shamsul Azri, pertemuan itu bertujuan memberi makluman tentang pelaksanaan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekonomi negeri dan negara.

“Baginda Tuanku sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap pelaksanaan segera projek-projek berkepentingan rakyat, dan titah tersebut menjadi panduan utama kami dalam memastikan setiap projek dijalankan dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pertemuan ini juga menekankan komitmen kerajaan untuk meneruskan pembangunan bersepadu di Johor, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Turut hadir, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Razman Abdul Samah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat