KSN: Penjawat awam kena ganding bahu realisasi agenda negara


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar meminta pejawat awam memastikan setiap usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.

Beliau berkata reformasi bukan hanya untuk memperkukuh sistem pentadbiran malah dapat meningkatkan tahap kecekapan dan integriti dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

“Tahun 2025 telah membuka tirainya, membawa peluang baharu untuk kita terus maju dan berkhidmat kepada negara dengan penuh dedikasi.

“Harapan saya agar seluruh jentera Perkhidmatan Awam dapat berganding bahu merealisasikan agenda reformasi yang telah dirangka,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, penglibatan Malaysia sebagai pengerusi negara ASEAN 2025 juga memerlukan pelaksanaan yang efisien, serta komitmen tanpa kompromi daripada setiap penjawat awam.

“Bersama, kita melangkah ke tahun 2025 dengan semangat tinggi, tekad yang kukuh, dan iltizam padu.

“Semoga setiap langkah bakal mencipta kejayaan luar biasa melalui kerjasama erat, inovasi tanpa henti, dan dedikasi yang tinggi.

“Jadikan semangat dan usaha kita sebagai inspirasi dan sumbangan bermakna untuk Negara dan rantau ini. Selamat Tahun Baharu 2025,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat