KTM sedia komuter 24 jam, percuma dua hari sempena Thaipusam


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan Perkhidmatan KTM yang akan beroperasi selama 24 jam, selama dua hari bermula 9 Februari 2025.

Menerusi kenyataan hari ini, disediakan juga tambang percuma istimewa buat seluruh pengguna KTM Komuter Lembah Klang selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Februari bersempena sambutan Thaipusam bagi penganut Hindu.

“Tambang PERCUMA (free ride) juga turut akan dinikmati oleh seluruh pengguna KTM Komuter
Lembah Klang selama dua (2) hari iaitu pada 10 dan 11 Februari 2025.

“Rancang perjalanan anda dan semak jadual waktu di https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html,” ujarnya KTM.

Tambahan lagi, koc wanita juga turut dilaporkan tidak akan beroperasi bagi memastikan keselesaan para penumpang sempena sambutan Thaipusam 2025.

Ia diakui turut dilaksanakan bagi perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang bermula 9 Februari hingga
12 Februari 2025.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat