KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan 3,780 tempat duduk tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) sempena sambutan Deepavali, bulan ini.
KTMB dalam kenyataan memaklumkan, dua tren ETS tambahan akan beroperasi setiap hari bagi laluan Padang Besar–KL Sentral dan sebaliknya mulai 17 hingga 22 Oktober ini.
“Tiket boleh dibeli bermula 7 Oktober, jam 10 pagi, melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang rasmi KTMB.
“Setiap tren tambahan itu menawarkan 630 tempat duduk sehari termasuk koc kelas perniagaan”katanya,pada Sabtu.
Bagi jadual perjalanan, tren bernombor 9283 dari Padang Besar ke KL Sentral berlepas jam 11.05 pagi dan tiba 4.30 petang, manakala tren 9286 dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas jam 5 petang serta dijangka tiba 10.20 malam.
“Penumpang membuat pembelian lebih awal untuk menikmati tambang fleksi lebih menjimatkan, selain mengelakkan kesesakan membeli tiket pada saat akhir.
“Pengguna juga disarankan tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk ditutup lima minit sebelum tren berlepas,” tambah kenyataan itu.
Perkhidmatan tambahan itu disediakan bagi memenuhi permintaan tinggi semasa musim perayaan serta membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, sekali gus memberikan perjalanan lebih selesa dan selamat kepada penumpang.
Baca juga: