Kunjungan hormat ke Pejabat Home Affairs UK, bincang isu terkait pemalsuan dokumen pasport dan penyamaran

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Datuk Mohd Zamri Mat Zain telah membuat kunjungan hormat dan sesi perbincangan dua hala dengan Pengarah Home Office International Intelligence and Operation, Victoria Pullen di Pejabat Home Office Westminster, United Kingdom pada Isnin.

Program berkenaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua agensi termasuk mempelajari pelaksanaan Electronic Travel Authorisation (ETA) serta isu-isu berkaitan dengan pemalsuan dokumen pasport dan penyamaran.

“Selain itu, antara perkara yang dibentangkan serta dibincangkan bersama rangkuman isu-isu migrasi dan sempadan, pasport, pengusiran, jenayah antarabangsa, penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Pada masa yang sama, delegasi membuat kunjungan hormat ke Pejabat Perwakilan Malaysia London yang disambut oleh Atase Imigresen London iaitu Ahmad Musawwir Azuddin serta pegawai-pegawai Imigresen.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datu Ken Laben; Timbalan Setiausaha Bahagian Imigresen, Dr. Hebat Hisham Mohd Yusoff; Pengarah Bahagian Pasport dan Keselamatan, Mohd Russaini Idrus; Pengarah Bahagian Penguatkuasa JIM, Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir dan pegawai-pegawai Bahagian Perolehan, KDN serta Bahagian Pasport dan Keselamatan, JIM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat