Kunjungan PM ke Australia, Jerman bukan untuk makan angin

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman dan Australia baru-baru ini memberikan satu lembaran baharu dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur apabila hasil kunjungannya ke negara Jerman dan Australia boleh mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik.

“Hasil kunjungan rasmi ke Jerman dan Australia sebelumnya betapa usaha ini adalah untuk terus memperkukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Secara tidak langsung, sebagai upaya untuk terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik dan kondusif demi pembangunan ekonomi negara, selain mempereratkan persahabatan Malaysia bersama kedua-dua negara tersebut.

“Sekiranya diberikan pilihan, saya memilih untuk tidak melakukan kunjungan ke luar negeri kerana saya ke sana bukan ‘makan angin’ dan tentunya memenatkan.

“Namun, memahami keadaan negara yang telah ketinggalan dalam beberapa lapangan yang penting seperti AI, peralihan tenaga dan transformasi digital, maka langkah ini harus dilakukan bagi menyatakan jalan kebijakan serta kesediaan Malaysia untuk diberi ruang dalam lapangan-lapangan tersebut,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Anwar turut berkata, beliau memanfaatkan pentas luar negeri sebaiknya dalam mengenengahkan pendirian dan prinsip yang dipegang terutamanya isu yang mendesak berkenaan nasib warga Palestin yang terus dizalimi.

Justeru itu, mesej Malaysia yang konsisten menolak sebarang bentuk keganasan terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan gencatan senjata serta merta di samping mempermudah dan menyemarakkan bantuan kemanusiaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat