Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal mengumumkan inisiatif ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April depan.
Kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah itu merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum,
Katanya, Akaun 3 itu akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen Ahad ini.
“Mereka (KWSP) juga akan menyatakan dan menerangkan cara-cara pengeluaran, mekanisme yang ada di mana pemecahan akaun tiga akan diterangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin mengenai status terkini Akaun 3 khususnya dari segi kaedah pengeluaran pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.
Bagaimanapun, kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan.
Baca juga: