Pelakon Norman Hakim kesal dengan tindakan bekas isterinya, Abby Abadi yang menggunakan platform media sosial untuk mengeluarkan kenyataan tentang kesahihan perkahwinan anak perempuan mereka, Marissa Dania sekali gus berkongsi kronologi perkahwinan di Thailand dengan lelaki berstatus suami orang.
Kata Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, sebagai bapa dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Malah, pada masa sama dia juga mengharapkan agar Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, berhenti daripada berkogsi kisah keluarga kepada umum.
“Istighfar, bawa bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” katanya di ruangan komen di Instagram.
Tidak mahu berdiam diri, Abby kemudian membalas komen tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan tindakan Norman selain mendakwa bekas suaminya itu suka melakukan satu perkara dengan sesuka hati .
Dalam pada itu, Abby juga menegaskan dia sudah letih memendam perasaan terhadap bekas suaminya itu.
“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpam.
“Kasihan anak-anak saya, dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza,” ujar Abby.
Tindakan kedua-dua selebriti itu secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial, dan mengkritik mereka agar tidak menggunakan platform digital itu sebagai tempat untuk berbalah.
Baru-baru ini Abby muncul dalam sebuah program wawancara audio siar (podcast) yang mengesahkan perkahwinan Marissa dengan Aslam di Thailand sehingga lagi rumah dan menggantikan dirinya dengan seorang kenalan, agar dapat mengaburi ahli keluarga lain.
Baca juga:








