PETALING JAYA: Perubahan pentadbiran kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hanya dinikmati majoriti rakyat, malah suara Ahli Parlimen untuk membawa isu negara semakin didengari.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin perkara itu dibuktikan apabila Sesi Penerangan Menteri atau ‘Minister Statement’ lebih banyak diadakan semasa sidang Parlimen ketika ini.
Beliau yang sudah tiga penggal dilantik Ahli Parlimen berkata, sesi tersebut sebaliknya jarang diadakan ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.
“Sejak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, banyak ‘Minister Statement’ untuk terang isu dan ‘transparent’ kepada rakyat.
“Minggu lepas isu beras oleh Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Minggu ini pula isu Petronas – Petros oleh PMX.
“Demokrasi, ‘transparency’ dan ‘accountability’ subur dalam Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.
Khamis minggu lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sesi penerangan khas berkait isu padi dan beras berkata, kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuat kuasa Ahad ini.
Pada Isnin, Anwar ketika sesi penerangan aktiviti petroleum di Sarawak berkata, kerajaan memberi jaminan semua obligasi perjanjian domestik dan antarabangsa Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sedia ada akan dikekalkan susulan pemeteraian permuafakatan dengan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).
Beliau berkata, PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak.
Baca juga: