Lee Chong Wei Terima Gelaran Datuk Seri

GEORGETOWN: (KEMASKINI) Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, hari ini diberi penghormatan tinggi apabila dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Penganugerahan itu berlangsung dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri, di Dewan Sri Pinang.

Lee Chong Wei, 42, merupakan antara figura sukan paling dihormati di Malaysia.

Beliau pernah menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 349 minggu dan menjadikannya antara pemain paling konsisten dalam sejarah badminton.

Antara pencapaian gemilang beliau termasuk tiga pingat perak Olimpik (Beijing 2008, London 2012, Rio 2016), empat pingat emas Sukan Komanwel dan pelbagai kejuaraan Siri Super seperti Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Terbuka Indonesia.

Anda Mungkin Berminat