Perlawanan perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia dijadualkan bakal menentang pemain terbaik nombor enam iaitu Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama All-England yang bakal berlangsung pada 12 hingga 17 Mac depan.
Zii Jia yang bergelar pemain nombor ke-10 negara dalam sukan badminton memerlukan persediaan rapi bagi memperbaiki strateginya setelah memenangi tempat kedua di Kejohanan Dunia (World Championships) tahun lalu.
Sebelum ini, Zii Jia pernah melawan Naraoka dalam Kejohanan Terbuka India di New Delhi pada bulan Januari, namun, tumpas dengan keputusan 21-13, 9-21, 16-21.
Pemain badminton yang berumur 25 tahun itu meletakkan harapan yang tinggi bagi permulaan tahun barunya.
“Tahun ini merupakan progres yang positif buat saya berbanding tahun 2023, saya akan memperbaiki lagi dan buat yang terbaik.
“Saya juga mempunyai beberapa kejohanan pada masa akan datang dan saya perlu meneruskan perjuangan saya,” katanya.
Selain itu, Zii Jia bakal menyertai kejohanan Terbuka Perancis (French Open) yang bermula pada 5 hingga 10 Mac di Paris sebelum fokus memberi tumpuan ke kejohanan All-England nanti.
Baca juga: