Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas telah dijumpai meninggal dunia di Sungai Benut, Johor pada pukul 7.33 pagi hari Rabu.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK I KUP Abdullah Sani Md Jani melaporkan lelaki yang berusia 52 tahun itu telah ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mangsa gagal ditemui pada hari pertama SAR yang tamat pada pukul 6.51 petang yang mencari di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.
“Namun, pemantauan masih diteruskan secara berkala pada waktu malam hingga operasi hari kedua diteruskan keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Abdullah Sani melaporkan mangsa berjaya ditemui pada hari kedua operasi selepas anggota bomba meneruskan kerja-kerja SAR secara meluas lagi dengan di sekitar kawasan mangsa dikatakan terjatuh.
Pasukan bomba terus bertindak membawa mayat mangsa ke tebing dan kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi SAR yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan seramai 12 orang anggota bomba dari Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama jentera FRV, sebuah bot aluminium dan sebuah lori Hicom.
Baca juga: