Polis Daerah Johor Bahru Utara giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Danga, Taman Perling, Johor Bahru pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh berkata, operasi mencari dan menyelamat orang hilang (SAR) yang ditangguhkan pada pukul 7 petang Sabtu akan diteruskan pada pukul 8 pagi Ahad.
“Mangsa dipercayai memakai baju warna putih dan berseluar panjang hitam namun bangsa tidak dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga semenjak Jumaat untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.
Tambah Balveer, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini supaya menguhubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Sarjan Helmi Hisham di talian 012-744 3472.
Baca juga: