Lelaki dipenjara 6 bulan, sebar maklumat palsu terkait keputusan Majlis Raja-Raja

SEPANG: Seorang lelaki warga emas telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadapnya kerana memuat naik kandungan palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268.

Tertuduh, Johari Ismail, 67, didapati melakukan kesalahan tersebut menerusi akaun Facebook miliknya pada 8 Februari lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang berdasarkan pertuduhan di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Katanya, ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tertuduh ditahan lewat malam Isnin sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

“Dia (Johari) akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Anda Mungkin Berminat