Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori Hino di Jalan Bukit Putra, Setiu, Terengganu pada Isnin.
Komander Operasi Kanan, PPgB Jaswari Awang berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada puku 5.19 petang.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis BMW dan sebuah lori Hino.
“Pemandu dan kelindan lori Hino iaitu dua orang lelaki dewasa tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Manakala, pemandu BMW disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Jaswari, mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, seramai sembilan orang anggota dari bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Setiu menaiki jentera W/Tander dan EMRS.
Baca juga: