Lelaki Maut, Kereta Terbalik Di Ipoh

IPOH: Seorang lelaki berusia 55 tahun maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Sultan Idris Shah, pagi tadi.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 8.06 pagi itu menggemparkan pengguna jalan raya apabila kenderaan tersebut dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan utama berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan telah disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Anda Mungkin Berminat