Lelaki maut motosikal bertembung kereta

Seorang lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 195.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kampung Pak Dolah, Kamunting, Perak pada Rabu.

Komander Operasi, PBK II Ilyas Ramli berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

“Seramai lima orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Penunggang motosikal seorang lelaki telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Manakala, pemandu kereta seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan mangsa sehingga selesai dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat