Pemuda maut tertimbus dalam telaga di Pasir Mas

Seorang lelaki maut selepas tertimbus di dalam telaga di Masjid Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan pada pukul 5.54 petang hari Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Adnan Mat Juri berkata, mangsa Mohamad Khairul Jefry Maarof, 23, tertimbus di dalam telaga dengan kedalaman kira-kira 20 kaki.

Bertindak melalui panggilan kecemasan yang diterima, pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.17 petang untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa berjaya dijumpai pada pukul 7.15 petang dengan bantuan jengkaut milik orang awam sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Operasi tersebut melibatkan seramai 10 orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas bersama jentera LFRT, EMRS dan Trinton.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat