Lelaki OKU maut motosikal dirempuh kereta

Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Parit Sulong, Muar, Johor pada Selasa.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Riduan Abdullah yang juga dikatakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) terpelanting beberapa meter dari lokasi kejadian selepas dirempuh pemandu yang menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna putih.

Berdasarkan rakaman yang tular, pemandu kenderaan itu memandu dalam keadaan laju dan berbahaya.

Namun, kenderaan itu dilihat gagal untuk mengelak lalu menyebabkan kereta itu terus merempuh mangsa.

Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa dan motosikal melambung dengan ketinggian hampir sama dengan tiang lampu.

Menurut pemilik akaun X dikenali sebagai cucu Allahyarham dikenali sebagai @izyan memberitahu, jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum Maghrib pada hari yang sama.

“Agak berat untuk terima perkhabaran ini lebih-lebih lagi nak masuk bulan puasa.

“Tahun lepas nenek saya (kakak arwah) meninggal, tahun ini arwah pula,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat