Lelaki rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

BATU PAHAT: Seorang lelaki berusia 57 tahun mengalami kerugian lebih RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan pelaburan saham di Hong Kong.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulnuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek pada awal Januari 2025 yang menawarkan peluang pelaburan dengan janji pulangan tinggi.

“Mangsa kemudian berhubung dengan suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum bersetuju untuk menyertai pelaburan tersebut.

“Pada 19 Februari hingga 18 Mac 2025, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM330,400 ke dua akaun bank berbeza yang diberikan suspek.

“Mangsa dijanjikan akan menerima pulangan pelaburan yang lebih tinggi sekiranya membuat bayaran tambahan. Namun setelah gagal mendapatkan semula wang yang dijanjikan, mangsa menyedari dirinya telah ditipu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Shahrulanuar, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat