SEORANG pengguna Thread, LuqmanNasarudin hari ini berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendapati wujud akaun TikTok memuat naik gambar isterinya beserta butiran peribadi yang salah.
Dalam perkongsian itu, Luqman menjelaskan, isterinya menerima pautan daripada rakan yang membawa mereka kepada akaun berkenaan.
“Tiba-tiba isteri aku cakap nak kongsi sesuatu yang kawan dia hantar dekat dia. Sekali aku buka pautan TikTok tu, dia post gambar isteri aku dengan maklumat peribadi. Dah lah maklumat tu tak betul,” tulisnya.
Menurut Luqman, akaun berkenaan seolah-olah akaun untuk mencari pasangan dan selepas pemeriksaan lanjut, dia mendapati ramai lagi wanita lain menjadi mangsa akaun berkenaan.
“Ingatkan isteri aku sorang je kena. Rupanya ramai lagi perempuan kena,” tambahnya.

Pengguna itu menggesa orang ramai untuk melaporkan akaun TikTok berkenaan bagi mengelakkan lebih ramai terjejas dan berharap platform itu mengambil tindakan segera untuk menamatkan akaun itu.
Luqman juga menyatakan dia sudah mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya akaun itu tidak segera diambil tindakan.
“Aku dah ugut nak laporan polis. Tapi minta tolong lapor supaya kena disekat. Terima kasih warga thread!” katanya.
Kes ini menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi di media sosial, khususnya terhadap wanita, serta kepentingan pengguna berhati-hati sebelum berkongsi pautan atau maklumat peribadi dalam talian.
Baca juga:








