Lelaki terperangkap dalam bilik ketika rumah terbakar berjaya diselamatkan bomba

Seorang lelaki dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik ketika kejadian kebakaran sebuah rumah di Blok D, Bangunan Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM) Selasih, Presint 17, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba, Mohd Afizi Zulkifli, kebakaran berlaku di sebuah pangsapuri berpunca daripada kebakaran yang bermula di bahagian ruang tamu.

“Setibanya pihak Bomba di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki dewasa telah terperangkap di dalam sebuah bilik dalam rumah berkenaan.

“Namun, mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat pasukan Bomba daripada Balai Polis Penyelamat (BBP) Presint 7 dan BBP Presint 14, 13 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan LFRT serta kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.53 pagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat