Lelaki warga Pakistan maut ditimpa runtuhan konkrit

Seorang lelaki meninggal dunia akibat ditimpa runtuhan konkrit parit di Jalan Permata 2, Arab Malaysia Industrial Park, Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 7.13 malam hari Khamis.

Menurut Komander Operasi, PKPgB Bakarya Mohd Salleh, mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Pakistan yang ditimpa konkrit berkenaan.

“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Bomba pada pukul 8.38 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Operasi tersebut melibatkan seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai bersama satu unit jentera FRT dan EMRS.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat