Misteri kehilangan seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang empat hari lalu terjawab apabila ditemui meninggal dunia selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung di kawasan Jalan Paya Terubong, Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Mohd Fadli Omar, mangsa berusia 29 tahun itu ditemukan di luar kenderaan dipercayai terpelanting atau keluar sendiri dari kenderaan.
“Mangsa menggunakan kenderaan jenis Proton Persona manakala mangsa ditemui dalam keadaan luka di keseluruhan badan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
“Kemalangan juga dipercayai berlaku pada beberapa hari yang lalu sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan Paya Terubong mengadakan operasi menyelamat pada hari Selasa,” katanya dalam kenyataan.
Operasi ini melibatkan seramai 14 orang anggota dari kedua-dua buah BBP tersebut dan menggunakan sebuah jentera LFRT dan FRT dalam operasi menyelamat tersebut.
Mayat disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Baca juga: