Liek Hou, Fareez Dinobat Pemain Beregu Para Terbaik Dunia 2025

HANGZHOU: Dua jaguh para badminton negara, Muhammad Fareez Anuar dan Cheah Liek Hou, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pemain Beregu Para Terbaik Dunia 2025 (Para Badminton Pair of the Year 2025) oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Majlis Anugerah Tahunan BWF yang berlangsung di Hangzhou, China menyaksikan sorakan bergema apabila nama pasangan Malaysia diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij tersebut.

Gandingan mantap antara pengalaman dan tenaga muda, Cheah Liek Hou, juara Paralimpik dua kali dan Muhammad Fareez Anuar, bintang muda yang semakin bersinar telah membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu bersaing tetapi juga mendominasi.

Fareez, yang mara ke separuh akhir Paralimpik Paris 2024, turut meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan itu dan menyifatkannya sebagai motivasi untuk terus melakar kejayaan bersama Liek Hou.

Pada masa yang sama, Liek Hou turut dinobatkan sebagai Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025.

Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Daiki Kajiwara (Jepun), Kumar Nitesh (India) dan Park Hae Seong (Korea Selatan), sekali gus menamatkan penantian selepas dicalonkan selama lima tahun berturut-turut.

Tahniah Liek Hou dan Fareez! Anda bukan sahaja juara di gelanggang, tetapi juga wira di hati rakyat Malaysia.

Anda Mungkin Berminat