Lima remaja mengaku tidak bersalah guna perkataan mencela terhadap Zara Qairina

KOTA KINABALU: Lima remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Kompleks Mahkamah dekat sini, pada Rabu

Kes itu disebut dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, yang mana prosiding itu diadakan secara tertutup hari ini.

Mereka didakwa dengan mencapai niat bersama telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina yang mana perkataan itu didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan Zara terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesemua tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan mencela tersebut di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat Kota Kinabalu antara pukul 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.

Kesemua lima remaja itu dituduh mengikut Seksyen 507 C (1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama iaitu hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat