LIMA terus kukuh, diiktiraf antarabangsa

LANGKAWI: Kerajaan meneliti keperluan untuk memperluas lokasi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang mula dianjurkan sejak 1991 kini menjadi antara agenda strategik paling penting di rantau ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata LIMA merupakan peluang penting untuk membawa masuk teknologi terkini dalam industri pertahanan dan komersial.

“Jumlah penyertaan yang meningkat saban tahun membuktikan jenama LIMA terus kukuh dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Ini sebenarnya cukup merangsang kita kerana cabaran masa hadapan adalah kemampuan kita dalam bidang sains dan teknologi.

“Kita tahu industri pertahanan mempunyai tahap keupayaan tertinggi dalam bidang tersebut.

“Kalau kita mampu kuasai industri pertahanan, ini bermakna kita akan kuasai juga sains dan teknologi, dan negara akan dibawa ke hadapan seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan,” katanya, memetik Berita RTM pada Sabtu.

Menurutnya lagi, penganjuran LIMA turut merangsang sektor pelancongan tempatan apabila berjaya menarik kehadiran pelawat dalam dan luar negara untuk terus berkunjung ke Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat