Lokasi baharu pejabat LHDN kini sudah mula beroperasi

Lokasi baharu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Lumpur sudah mula beroperasi bertempat di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Menerusi laman rasmi LHDN, perkara tersebut dimaklumkan bahawa pejabat di Menara Olympia, Kuala Lumpur, ditutup sepenuhnya.

“Pejabat LHDN Kuala Lumpur sebelum ini mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac lepas sebagai pemakluman awal.

“Ia bertujuan untuk memudahkan sebarang urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan.

“Pembayar cukai juga boleh berkunjung ke pejabat agensi itu di Pudu Sentral atau mana-mana pejabat LHDN berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN,” katanya.

Jelasnya, sebarang urusan surat-menyurat boleh dihantar kepada alamat baharu iaitu LHDN Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat