Lokasi sambutan 2 tahun Kerajaan Madani ditukar ke KLCC

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membincangkan tiga isu utama, antaranya insiden serangan rejim Zionis ke atas Lubnan yang menyebabkan beberapa anggota tentera Malaysian Battalion (Malbatt-850) cedera.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Malaysia mengecam keras tindakan Israel dan tidak akan menerima tindakan kejam tersebut.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi turut memaklumkan bahawa sebarang tindakan susulan akan dirujuk kepada Kementerian Pertahanan.

“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras kerasnya tindakan kejam rejam zionis israel dan ini tidak boleh dterima.

“Apa yang Menteri Pertahanan telah sebut mengenai perancangan sekiranya perlu diambil apa apa tindakan, kita rujuk kepada Kementerian Pertahanan nanti,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet hari ini.

Selain itu, Fahmi turut mengumumkan bahawa Malaysia telah menyerahkan jemputan rasmi kepada China untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Teluk (ASEAN-GCC) pada tahun depan.

Perkembangan tersebut disusuli dengan laporan Perdana Menteri mengenai lawatan beliau ke China, termasuk pertemuannya dengan Perdana Menteri Li Qiang dan Presiden Xi Jinping.

Fahmi juga mengumumkan bahawa sambutan 2 Tahun Kerajaan MADANI, yang asalnya dijadualkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), kini dipindahkan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 hingga 24 November ini.

Anda Mungkin Berminat