Loke junjung kasih YDPA cemar duli rasmi ETS3

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjunjung kasih atas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Ibrahim mencemar duli merasmikan Perkhidmatan ETS3 pada Sabtu.

Beliau berkata ia sokongan padu baginda terhadap usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan awam negara.

“Hari ini tercatat satu detik bersejarah negara, Tuanku juga memandu tren ETS3 baharu dari Kuala Lumpur ke Kluang.

“Semoga ETS3 menjadi satu lagi mercu kejayaan dalam menyediakan sistem rel moden, efisien dan selamat demi kesejahteraan rakyat di bawah naungan Tuanku,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Untuk rekod, ETS3 adalah generasi tren elektrik terkini, pantas, selesa dan moden, yang bakal memulakan operasi laluan KL Sentral–Kluang–KL Sentral bermula 30 Ogos 2025.

“Dengan kelajuan operasi sehingga 140 km/j serta kemudahan mesra penumpang, ia menjadi simbol transformasi mobiliti rel negara,” katanya.

Anda Mungkin Berminat