Sebuah kenderaan jenis Honda City mengalami rosak akibat dirempuh sebuah lori di Stesen Minyak Petronas, Manjalara, Kepong pada Rabu.
Kemalangan yang berlaku pukul 10.30 pagi itu melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun yang meninggalkan lori miliknya untuk masuk ke dalam kaunter bagi membuat pembayaran.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, lori tersebut secara tiba-tiba mengundur ke belakang lalu melanggar sebuah kereta Honda City yang sedang berhenti di simpang jalan untuk memasuki ke jalan utama.
“Kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.
“Bagaimanapun kes akan disiasat di bawah Rule 14(1) LN 165/59,” katanya dalam suatu kenyataan media.
Orang ramai yang mempunyai maklumat terhadap kes ini boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
Baca juga: