M. Nasir ‘lebih rock’ malam ini

“SAYA akan jadi lebih rock pada konsert itu nanti.”

Itu janji penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M. Nasir mengenai kelainan yang dibawakan menerusi Konsert DATO’ M N46IR CIPTA 3 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Menurut M. Nasir, buat pertama kali peminat bakal menyaksikan sisi berbeza dirinya dengan menghidupkan semula nostalgia lagu-lagu yang pernah dihasilkannya.

“Bukanlah saya tidak pernah sampaikan lagu rock yang saya cipta untuk penyanyi lain. Tetapi pada konsert kali ini, dari segi persembahan, saya akan beri lebih.

“Biasanya penonton lihat M. Nasir yang mereka kenal di pentas. Namun malam ini, mereka akan nampak sisi saya yang berbeza – yang lebih rock” katanya, dipetik.

Antara lagu yang bakal mengisi persembahan malam ini termasuk Pawana, Intanku Kesepian, Sejati dan deretan hits lain yang sudah sebati dalam jiwa peminat.

Tambah M. Nasir, cabaran utama adalah menyesuaikan diri dengan gubahan baharu yang akan diperdengarkan kepada penonton.

“Untuk saya nyanyikan lagu-lagu ini tidaklah sukar kerana kuncinya saya faham lirik dan masukkan emosi saya sendiri ke dalamnya.

“Cuma cabaran kali ini adalah menyampaikan versi baharu dengan nafas segar,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat