Maghribi batal sambutan Aidiladha lagi tahun ini

MAGHRIBI sekali lagi mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan Aidiladha di negara mereka pada tahun ini.

Pembatalan kali keempat itu berikutan krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing akibat enam tahun kemarau berterusan.

Memetik Morocco World News, pengumuman itu juga selaras dengan arahan Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.

“Melaksanakannya dalam keadaan sukar seperti ini akan memberi kesan buruk kepada ramai rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” titah baginda yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Ahmed Toufiq.

Beliau menegaskan bahawa melaksanakan Aidiladha di bawah cabaran ini akan menyebabkan kemudaratan yang nyata kepada rakyat. terutamanya mereka yang mempunyai sumber terhad.

Untuk info, Maghribi sebelum ini telah membatalkan sambutan Aidil Adha sebanyak tiga kali semasa pemerintahan Almarhum Raja Hassan II.

Kali pertama ialah pada tahun 1963 apabila mendiang Raja mengumumkan pembatalan upacara korban kerana “Perang Pasir” antara Maghribi dan Algeria.

Kali kedua ialah ketika Maghribi mengalami kemarau teruk pada tahun 1981, manakala kali ketiga pada tahun 1996, disebabkan oleh gelombang kekurangan hujan lebat yang memuncak pada tahun 1995.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat