Malaysia atasi Tajikistan, teruskan misi ke Piala Asia Wanita 2026

MALAYSIA meneruskan momentum cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan dalam perlawanan kedua Kumpulan H yang berlangsung awal pagi Khamis.

Sebelum ini, skuad Malayan Tigress berjaya menundukkan Palestin dalam aksi pembukaan, dan turun ke padang dengan misi meraih kemenangan kedua demi mengekalkan peluang layak ke kejohanan berprestij benua Asia itu.

Sementara itu, tuan rumah Tajikistan tampil dengan tekad untuk bangkit selepas dibelasah 0-10 oleh Korea Utara dalam perlawanan pertama mereka.

Ketua jurulatih Malaysia, Joel Cornelli, mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama termasuk Steffi Sarge, Ainsyah Murad dan penjaga gol Azurin Mazlan.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir tanpa jaringan, corak permainan lebih agresif Malaysia akhirnya membuahkan hasil pada masa kecederaan. Hantaran lintang Intan Sarah disempurnakan menerusi tandukan tepat oleh pemain gantian, Henrietta Justine, yang memastikan tiga mata penuh milik Malaysia.

Perlawanan di Stadium Central, Dushanbe itu tamat dengan keputusan 1-0 memihak Malaysia.

Kini, ujian sebenar menanti Malayan Tigress dalam aksi terakhir kumpulan apabila mereka perlu menewaskan pasukan ranking ke-9 dunia, Korea Utara, bagi memastikan tiket ke Piala Asia Wanita 2026 menjadi milik mereka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat