PETALING JAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang sekali lagi menggagalkan resolusi menuntut gencatan senjata segera serta penamatan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Siasatan PBB telah membuktikan wujudnya jenayah genosid di wilayah Palestin.
“Penggunaan kuasa veto ini hanya akan menggalakkan rejim Zionis Israel meneruskan jenayah genosid dan kemusnahan Gaza.
“Malaysia mengecam tindakan ini sekeras-kerasnya tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Malaysia juga, komitmen untuk terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam memperjuangkan keamanan serta keadilan rakyat Palestin.
“Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan penuh terhadap penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, serta kemasukan segera tanpa syarat sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” ujarnya.
Pada Khamis lalu, AS menggunakan kuasa veto menolak resolusi UNSC yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Semenanjung Gaza.
Baca juga:








