Malaysia dan 15 negara bagi amaran Israel jangan serang “Misi Global Sumud Flotilla”

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Malaysia bersama 15 buah negara yang lain memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Israel untuk tidak mengganggu mahupun menyerang “Misi Global Sumud Flotilla”.

Gesaan itu dilontarkan menerusi kenyataan bersama oleh Menteri Luar Negeri serta beberapa buah negara di seantero dunia termasuk Malaysia iaitu Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Maldives, Mexico, Pakistan, Qatar, Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol dan Turkiye.

“Kami memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi peserta flotila, termasuk serangan terhadap kapal di perairan antarabangsa atau penahanan secara tidak sah, akan membawa kepada pertanggungjawaban,” katanya.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan objektif misi berkenaan adalah untuk memberi fokus kepada penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza serta meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendesak rakyat Palestin dan menghentikan peperangan di Gaza.

“Kedua-dua objektif ini adalah demi keamanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan secara bersama dengan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan, adalah nilai yang dikongsi oleh kerajaan kami,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat