Malaysia dapat jaminan, perang Iran tidak beri tempias negara jiran

Oleh: Tyah Helmi

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mendapatkan jaminan dari Iran bahawa konflik peperangan negara itu tidak akan memberi tempias kepada negara jiran seperti Turkiye, Azerbaijan, Arab Saudi dan negara teluk yang lain.

Menerusi sidang media hari ini, kejayaan itu merupakan hasil usaha diplomatik yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama negara-negara teluk lain yang memberikan peluang perbincangan bersama Iran.

Perdana Menteri berkata, di saat pertemuan bersama pimpinan Iran, Malaysia tampil menegaskan akan kepentingan dalam memastikan sebarang konflik tidak seharusnya menjejaskan kestabilan negara-negara jiran.

Menurut beliau, Malaysia turut mengusulkan supaya Iran memberi perhatian serius agar kesan konflik tidak merebak ke negara sekitar, sebaliknya menumpukan fokus terhadap isu melibatkan.

“Saya mengusulkan kepada Iran supaya mengambil perhatian agar tempias itu tidak terkena kepada negara-negara jiran dan menumpukan fokus terhadap Israel,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden serta Menteri Luar Iran atas komitmen yang diberikan dalam perkara tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat