Malaysia desak Israel segera bebaskan aktivis GSF

PETALING JAYA: “Bebaskan mereka segera!”, itu desakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel yang telah menahan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa termasuk dari Malaysia.

Misi yang membawa aktivis dan bekalan bantuan ke Gaza itu dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel mengakibatkan seramai lapan rakyat Malaysia termasuk artis Zizi Kirana ditahan awal pagi tadi.

“Jangan bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa.

“Saya menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan segera,” katanya pada Khamis.

Anwar dalam kenyataan awal mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel tersebut dan menyifatkan ia telah menghina misi kemanusiaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat