Malaysia Dipilih Sebagai Ahli ECOSOC PBB Penggal 2027-2029

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya dipilih sebagai ahli Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) bagi penggal 2027–2029.
Pemilihan itu dibuat semasa Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 4 Jun 2026.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia memperoleh 184 daripada 186 undi, antara jumlah sokongan tertinggi dalam pemilihan tersebut.

“Kejayaan ini membuktikan keyakinan dunia terhadap peranan aktif Malaysia dalam sistem PBB.” Menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Kementerian Luar Negeri turut menyifatkan pemilihan ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Malaysia dalam multilateralisme dan pembangunan mampan.

Sebagai ahli ECOSOC, Malaysia akan terus memperjuangkan kepentingan negara membangun dan kerjasama antarabangsa yang lebih inklusif.

“Malaysia akan terus menyokong usaha menangani cabaran global secara bersama dan konstruktif.” Menurut kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu,fokus utama Malaysia termasuk pembasmian kemiskinan, pembiayaan pembangunan, keterjaminan makanan, serta pemerkasaan belia dan pendidikan.

“Agenda pembangunan mampan kekal menjadi keutamaan dalam usaha memperkukuh kesejahteraan global.” Menurut kenyataan wisma putra.

Malaysia sebelum ini telah berkhidmat dalam ECOSOC selama tujuh penggal, termasuk 1971–1973 hingga 2008–2010.

ECOSOC merupakan antara enam organ utama PBB yang menyelaras agenda ekonomi dan sosial global, termasuk pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Anda Mungkin Berminat