Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memberi fokus dalam mengambil pendekatan holistik dalam berdepan cabaran global dengan memberi penekanan terhadap resolusi aman dan pembangunan mampan.
Sehubungan itu, Malaysia turut memainkan peranan dengan melaksanakan pelbagai kerjasama keselamatan bagi membentuk dunia yang selamat dan stabil pada masa akan datang.
Beliau berkata, kepentingan menyediakan asas kepada dunia yang lebih baik serta berkembang maju dalam keamanan dan dilindungi oleh pertahanan dan perkongsian strategik yang sedang diusahakan.
“Dunia kini berdepan landskap global yang semakin berpecah-belah dan cabaran global yang mengancam keselamatan dan kemakmuran bersama.
“Ancaman yang semakin meningkat ini mendorong dunia ke arah titik perubahan yang belum pernah berlaku dan menuntut tindak balas yang bersatu,” katanya menerusi kenyataan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC) pada Isnin.
Katanya, perkara tersebut menjelaskan bahawa cabaran yang dihadapi dalam membangunkan negara ke arah kemajuan bukan diketepikan tetapi ianya saling berkait dari krisis global yang lebih luas.
“Ini memerlukan tindak balas dan strategi kolektif, dan di sinilah DSA dan NATSEC Asia 2024 bersinar sebagai satu harapan.
“Dalam beberapa hari akan datang, kita mempunyai peluang besar untuk mengadakan dialog penting antara negara, sektor pertahanan dan industri keselamatan,” katanya.
Terdahulu, Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang berlangsung pada Isnin, mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.
Baca juga: