Malaysia–Indonesia Rancang Pertemuan Demi Kestabilan Serantau

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Dalam perbualan tersebut, kedua-dua pemimpin sempat bertanya khabar dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan rakyat serta kestabilan serantau.

Anwar berkata, komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Indonesia, negara jiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik.

“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini (Selasa), kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anda Mungkin Berminat