Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Berlin, Jerman bagi untuk membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara di samping meneroka bentuk kerjasama yang baharu.
“Lawatan ini membolehkan saya berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik para pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Anwar bersama delegasi mengadakan lawatan rasmi selama lima hari di Jerman selepas menerima jemputan kerajaan negara berkenaan.
Turut serta dalam lawatan tersebut, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Anwar turut meminta orang ramai mendoakan urusannya bersama delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan.
Baca juga: