Malaysia Julang Piala Dunia Sepak Takraw: Bukti Keupayaan Anak Watan – PM

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad sepak takraw negara menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026 sekali lagi mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa, membuktikan keupayaan anak watan bersaing dan mencipta kecemerlangan dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan itu bukan sekadar kejayaan sukan tetapi lambang semangat juang, disiplin dan kesatuan tinggi dalam kalangan atlet negara.

“Syabas wira negara, teruskan melakar kecemerlangan demi Malaysia tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Anwar berkata, pencapaian tersebut mencerminkan ketahanan dan semangat luar biasa anak Malaysia apabila diberi amanah membawa cabaran negara di peringkat dunia.

Terdahulu, skuad negara yang meraih dua kejuaraan iaitu acara kuadran dan regu berkumpulan di Stadium Titiwangsa yang turut dianggap sebagai suntikan semangat baharu menjelang saingan King Cup dan Sukan Asia akan datang.

Anda Mungkin Berminat